Pengukuran dan Penilaian Dalam Bilik Darjah

Pengertian
Pengukuran dan Penilaian

 

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan.
Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status
semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian
dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.

 

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu
dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu
dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmal sering
menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang
penilaian pengajaran.

 

Seseorang guru biasanya merangka objektif
dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah
pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada
untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah
penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif
kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan
pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk
membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang
diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya
pengajaran guru.  Justeru pemahaman
terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan
ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik
serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi
memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

 

1.1       Pengertian Penilaian

 

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian
adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi
keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian
menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang
dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan
profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

 

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan
oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan
Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses
membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan
pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan
berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan
pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas
sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran
dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.

 

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran
perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif
tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal
pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar
dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam
bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran
pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti
adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel,
seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan
maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal,
pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin
dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang
dan rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

 

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu
kuantifikasi dan  kualifikasi.
Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal
penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi
menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi
membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau
tidak.

 

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk
skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian.
Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti
empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin
tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah
terhadap keberkesanan pengajarannya

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s